Cerita mistik

Hari Rabu malam baruni ada sesi buka puasa dengan in-laws. Kak Nisah ada datang sini dan Najib ada plan nak buat sikit majlis “naik rumah”. So, terjadilah sesi buka puasa di Setia Alam instead of Topaz.

Umar punyalah bising cakap banyak kali… “kenapa keciknya, kecik sangat rumah Abg Najib ni?” Amboii! Rumah kat Klang Valley ni mahal, nak oi! 😀

Anyway, nak cerita pasal Umar. Umar and his stories of seeing “things”. Ingatkan dah habis dah fasa nampak-nampak ni sebab dia kan dah besar. Masa kecik dulu memang dia ada bagitau ada nampak itu ini. But ever since we moved to SA, takde la pulak dia cakap till last week.

Well, kiteorang balik KT weekend lepas. Umar nampak ‘benda’ kat rumah MIL. Dalam bilik yang kiteorg tido. Creepy but tulah kesian jugak kat awang tu sebab dia je yang nampak and he said takut.

The first one was after sahur, kiteorg sambung tido kejap lepas subuh and the kids pun naik menempel sama atas katil. Umar was saying ada 2 ‘benda’ kat tepi katil and he couldn’t sleep as that ‘thing’ is looking at him. Both of us memang tido jela kan sebab takde rasa apa and penat sangat. Sampai from KL at KT around 12ish am.

The second one was after sahur juga. Dia cerita ada nampak ‘benda’ main baling-baling bola. In our room juga. Aihh.

Lastly, masa solat subuh. Umar kata while praying dia ada nampak ‘benda’ hitam lari… masa dia cakap tu memang right after solat. Meremang bulu roma. BIL tanya, besar tak ‘benda’ tu? Umar siap tunjuk how tall that ‘thing’ is. Isshhhh.

SIL kata bilik yang kiteorg tido tu memang ‘something’. Something apa tu tak tahu la pulak. But lately, since arwah Tok meninggal, so many things happened. Siap pegi berubat semua. Katanya arwah Tok ada saka, tak sempat agaknya nak cari perwaris lain as she dies in her sleep. Maybe that ‘thing’ merayau-rayau cari tuan.
Maybe.
Who knows?

Sampai umur berapa boleh nampak-nampak ‘benda’ ni eh? Seram pulak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *