nasi lemak

Good morning!
Dah start kerja after a month of cuti. Takde apa sangat pun cuti. Kejap sangat rasa. Hehe. Pejam celik, tak sempat nak buat apa… padahal list to-do was so long. Blog pun tak sempat tulis. Haha.

Anyway, I managed to strike off few things in my to-do list masa cuti. So, oklah. Taklah sangap sangat. Towards the end of my leave, both kidos tak sihat and I had a very very very bad cramps. Nasib tak kerja. Layan la sakit perut, sakit kaki kat rumah sambil monitor tempreature anak-anak. Hehe.

Eh, harini nak tulis sebab ada cerita menarik pagi tadi. As usual, pagi-pagi la kelam kabut… I was looking for Umar’s water tumbler dalam bag sekolah agama dia. Seluk punya seluk, jumpa sebungkus nasi lemak. Aikk! And as expected, habis le berminyak buku-buku dia semua sebab sambal dah terkeluar dari bungkusan 🙁

So, I asked Umar which he tengah mandi masa tu…
Me: Umar what is this?
Umar: Ohh… saya lupa! Saya beli untuk ayah nasi lemak tu
Me: (cairr dah mak kau ni haa… tak jadi nak tukar naga!) Ohh… so sweet of you. But, you have to make sure, masukkan dalam plastik… boleh? Habis buku-buku Umar kotor tu
Umar: Mama, harini saya nak beli 2 tau. Satu untuk mama, satu untuk ayah. 
Me: ahh… ok. 
Umar: nanti mama letak plastik dlm bag saya ok. Saya nak duit belanja 3 ringgit.
Me: Ok. Bagitau ayah Umar nak bawak 3 ringgit.
Umar: nanti saya nak bagi kat mama dengan ayah bawak bekal nasi lemak…

and the conversation going on about how he supposed to keep the nasi lemak.
I asked him if ada any kuih muih instead. He said, nada! Only nasi lemak. So, oklah. Beli jela. Kalau elok nanti kiteorg makan masa dinner.

Well, the thing about this young chap is… he can be very caring and sweet. Dari mula masuk sekolah lagi dia memang suka je beli-beli untuk kiteorg. Kadang-kadang dia beli donuts untuk adik dia. It depends. So, memang tak boleh jangka dia ni. Maybe sebab dia pun dah bosan kot asik kena marah dengan mama sebab selalu sangat beli bubble gums. Banyakkk oii! Tak larat nak cakap dah. I think he wanted to share that bubble gums dengan adik dia… sebab tu dia beli banyak. Tapi of course la mama ni tak bagi kann… awal-awal dah sorok. Hehe.

Oklah, that’s about it.
Have a great day, peeps. Bye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *